Official Fan Page PBL

Friday, September 20, 2013

PRODUK ALASKA

ALASKA GOLD SOAP 30GRAM RM76 SM / RM79 SS



 ALASKA GOLD muncul saat anda memerlukannya. Produk yang diformulasikan sendiri oleh Pengasas yang juga Pengarah Urusan ALASKA MARKETING SDN BHD, Wan Siti Hajar Wan Ismail ini pastinya menjadi kegilaan anda setelah anda mencubanya sendiri.

Gabungan tanah liat lembut yang kaya dengan enzim, mengandungi far infra red dan juga ion negatif dengan bahan-bahan terpilih iaitu ekstrak bunga marigold, minyak buah zaitun, minyak dari selaput beras, minyak dari almond, ekstrak dari akar lobak merah, minyak bunga jojoba ekstrak akar licorice dan juga allantoin menjadikan kulit anda lebih sempurna dan sihat.

ALASKA GOLD memberi anda pengalaman pembersihan wajah dan tubuh yang luar biasa terutamanya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan memberi perlindungan pada kulit dari pencemaran udara yang semakin kotor dengan pelbagai racun dan bakteria. Ia juga dapat membersihkan kulit dari mekap serta vitamin yang terkandung di dalam sabun ini mampu meresap jauh ke dalam lapisan kulit membaiki tisu-tisu yang semakin mengendur agar kembali tegang dan awet muda.


Apa yang pasti ramai yang sudah menggunakan ALASKA GOLD dan ternyata ia sabun ajaib yang boleh memberi kesan luar biasa dengan membentuk wajah yang lebih runcing, anjal dan sihat. Sesuai untuk semua peringkat usia dan jantina kerana ALASKA GOLD turut membantu mengurangkan kesan inflamasi pada kulit, membantu merawat kegatalan, ruam, kudis dan penyakit kulit  selain memberi kelembutan selepas setiap cukuran serta mengilangkan kelumumur dan kegatalan di kepala.



ALASKA GOLD dihasilkan daripada tanah liat lembut yang kaya dengan enzim. Mengandungi far infra red dan ion negatif yang boleh membantu anda mendapatkan bentuk muka lebih runcing dan awet muda.

Mengandungi  ekstrak bunga marigold, minyak dari buah zaitun, minyak dari selaput beras, minyak almond, ekstrak dari akar lobak merah, minyak bunga Jojoba, ekstrak dari akar licorice dan juga allantoin yang menjadikan kulit anda lebih sempurna dan menawan.

Cara paling mudah menggunakannya:


Letak sedikit air pada sabun, dapatkan buihnya
Sapukan pada wajah dan lakukan urutan perlahan-lahan
Tunggu selama dua minit dan cuci muka dengan air

Kebaikan:


Membantu anda mendapatkan bentuk wajah lebih runcing.
Menjadikan wajah awet muda, gebu, kemerah-merahan dan berseri.
Menjadikan kulit sentiasa anjal dan sihat.
Mengurangkan kesan jerawat, noda-noda hitam dan mengecilkan liang pori pada wajah.
Menyamaratakan tona wajah menjadikan mekap tahan lebih lama
Mencerahkan leher, tengkuk, ketiak, celah kelengkang dan mengurangkan kesan selulit atau rekahan selepas bersalin.
Membantu merawat masalah kulit gatal dan resdung
Menghaluskan kulit selepas melakukan cukuran.
Mengawal minyak yang berlebihan dan menjadikan kulit lebih lembab dan tidak kering.
Berkesan sebagai penanggal dan pembersih muka dari mekap.
Mengawal pengeluaran blackheads dan whiteheads.
Menghilangkan kelumumur di kepala dan melembutkan rambut.
Sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah ruam lampin.

Kesan penggunaannya dapat dilihat selepas 2 minit.

TIPS URUT
Dapatkan wajah runcing anda dengan teknik urutan menggunakan ALASKA GOLD

Langkah 1
Urutan muka
Menggunakan empat jari  (selain ibu jari), tekan bahagian-bahagian bawah dagu. Tekan 20 kali di setiap bahagian kemudian bawa jari-jari menghala ke atas perlahan-lahan dan secara konsisten daripada dagu sampai ke bahagian mata dan dari hidung ke kening seterusnya dahi.

 Langkah2
Urutan dahi
Larikan jari dari hujung alis ke bahagian tengah dahi dengan gerakan seperti zig zag. Lakukan berulang kali dalam keadaan relaks, perlahan-lahan dan seirama.

Langkah 3
Urutan berbilang
Dari penghujung mata, urut ke atas dan ke bawah secara zigzag. Lakukan perlahan-lahan dalam keadaan relaks.

Langkah 4
Urutan mengemaskan wajah
Menggunakan jari kelengkeng, manis dan hantu; lakukan urutan dari bawah penjuru mata dan tepi hidung menghala ke bahagian penghujung mata. Pada gerakan tiga kali setiap satu, hentikan seketika jari di penghujung urutan selama 10 hingga 15 saat sebelum kembali melakukan urutan sama.

Kemudian menggunakan seluruh tapak tangan dan jari kanan, tekan bahagian wajah kiri dan lakukan gerakan perlahan-lahan ke bahagian dagu. Gunakan tangan kiri untuk melakukan urutan serupa di bahagian wajah kanan. Ulang antara tiga hingga lima kali.


TIPS MENGIKUT KULIT
Tips guna mengikut jenis kulit

Kulit Kering
Gunakan dua kali sehari iaitu pada waktu malam dan pagi. Jika kulit semakin kering dan mula mengelupas, sapukan sedikit toner dan pelembap muka serta sapukan sunblock sebelum kulit wajah anda terdedah kepada sinar matahari/UV

Kulit Berminyak
Gunakan dua kali sehari . Fokuskan sapuan di kawasan T (T-Zone) pada wajah anda.  Jangan gunakan pelembab yang mengandungi minyak (oily moisturizer ) dan juga hindarkan daripada menggunakan sunblok yang ada mengandungi minyak (oily sunblock)

Kulit Kombinasi
Gunakan dua kali sehari sebagai pencuci muka biasa. Jangan biarkan sabun terlalu lama pada wajah. Gunakan ALASKA GOLD tidak lebih dari satu minit.

Kulit Normal
Gunakan ALASKA GOLD sebagai pencuci muka dua kali sehari untuk selama 1 hingga 2 minit. Kemudian bilas muka dengan air sejuk seperti biasa. Kulit akan lebih segar, bersih dan tegang.

******************************************

ALASKA GLOW TOUCH FONDATION & LOOSE POWDER RM56 / 59 SS



Glow Touch adalah produk 2 dalam 1 yang mengandungi bedak asas dan juga bedak debu yang hasilkan 100 peratus daripada mineral.
Teksturnya sangat halus dan ringan yang membolehkan ia menyerap dengan sempuran pada apa juga jenis kulit dengan sekata.
Turut dilengkapi dengan cermin kecil yang membolehkan anda memakainya pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Kedua-dua bedak asas (foundation) dan juga bedak debu (loose powder) ini bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung daripada sinaran ultra UV, tetapi ia juga bekesan sebagai anti inflamasi dan sangat berkesan sebagai bahan pelembab pada kulit.

Selain itu ia juga bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksigen yang akan meninggalkan kesan gebu selain kulit lebih berseri dan menawan. Paling berkesan penggunaan ialah sebaik sahaja anda mencuci muka dengan Alaska Gold. Sapukan bedak asas GLOW TOUCH ke serata wajah dan juga leher, dan sapukan bedak debu GLOW TOUCH dengan menekap bedak pada span yang disediakan
dan sapukan pada wajah.



GLOW TOUCH ini tahan pada wajah selama lebih 12 jam dan tidak meninggalkan sebarang tompok walaupun anda berpeluh sebaliknya ia akan lebih menjadikan lebih berseri dan cantik.

Kandungan Bedak Debu:
Mica, Titanium Dioxide, Zinc Oxide, Talc, Boron Nitride, Silica, Iron Oxides, Magnesium Stearate, Zinc Stearate. Oryza Sativa (Rice) Germ Oil, Tocopheryl Acetate.

WhatsApp utk Order 0136181906

TESTIMONI PENGGUNA!!!